MENU
 

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Tawaran   sebutharga adalah   dipelawa   kepada  Penyebutharga (Bumiputra) dalam kelas CIDB yang dinyatakan  dan berdaftar  di dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat sebutharga buat masa ini.

Dokumen    meja dan dokumen  sebutharga  boleh disemak dan didapati  di  Kaunter Pejabat  Majlis  Daerah Yong  Peng dengan  bayaran  secara  Draf  Bank,  Wang Pos  atau Wang  Kiriman Pos  Berpalang di atas nama Yang  DiPertua Majlis  Daerah  Yong  Peng pada waktu pejabat mulai 12 Ogos  2021 (Khamis) hingga 19 Ogos 2021 (Khamis).

Dokumen   tawaran   akan   dijual   kepada   penama   yang   sah   sahaja    dengan mengemukakan dokumen asal pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan  Kerja Kerajaan  (SPKK),  Lembaga  Pembangunan   Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB), Johor Centre For Construction  Development (JCCD) dan tempoh sah laku    lesen    hendaklah   sekurang-kurangnya   6    bulan    dari    tarikh   tutup   sebutharga. Penyebutharga perlu menyertakan  maklumat   lengkap   termasuk    penyata   bank   terkini (3  bulan)  yang  disahkan  oleh  pihak  bank  berserta  nama  pegawai  di  dalam  dokumen sebutharga. Mana-mana kontraktor yang tidak melampirkan salah satu (1) maklumat di atas, sebutharga berkenaan tidak akan DIPERTIMBANGKAN.

Bagi tawaran yang diterima melalui pos kepada Yang DiPertua Majlis Daerah YongPeng hendaklah sampai sebelum tarikh dan waktu tutup sebutharga.

Semua  dokumen  sebutharga   yang  telah  lengkap  dengan  mencatatkan   nombor tawaran  di sebelah atas (kiri) sampul hendaklah dimasukkan  ke dalam  peti sebutharga  di Tingkat  1,  Pejabat  Majlis  Daerah  Yong  Peng,  Km 1,  Jalan  Labis, 837000 Yong  Peng, Johor pada 19 Ogos 2021  (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari.

IKLAN SEBUTHARGA