KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
Tawaran sebutharga adalah dipelawa kepada Penyebutharga (Bumiputra) dalam kelas CIDB yang dinyatakan dan berdaftar di dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat sebutharga buat masa ini.
Dokumen meja dan dokumen sebutharga boleh disemak dan didapati di Kaunter Pejabat Majlis Daerah Yong Peng dengan bayaran secara Draf Bank, Wang Pos atau Wang Kiriman Pos Berpalang di atas nama Yang DiPertua Majlis Daerah Yong Peng pada waktu pejabat mulai 12 Ogos 2021 (Khamis) hingga 19 Ogos 2021 (Khamis).
Dokumen tawaran akan dijual kepada penama yang sah sahaja dengan mengemukakan dokumen asal pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB), Johor Centre For Construction Development (JCCD) dan tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tutup sebutharga. Penyebutharga perlu menyertakan maklumat lengkap termasuk penyata bank terkini (3 bulan) yang disahkan oleh pihak bank berserta nama pegawai di dalam dokumen sebutharga. Mana-mana kontraktor yang tidak melampirkan salah satu (1) maklumat di atas, sebutharga berkenaan tidak akan DIPERTIMBANGKAN.
Bagi tawaran yang diterima melalui pos kepada Yang DiPertua Majlis Daerah YongPeng hendaklah sampai sebelum tarikh dan waktu tutup sebutharga.
Semua dokumen sebutharga yang telah lengkap dengan mencatatkan nombor tawaran di sebelah atas (kiri) sampul hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Tingkat 1, Pejabat Majlis Daerah Yong Peng, Km 1, Jalan Labis, 837000 Yong Peng, Johor pada 19 Ogos 2021 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari.