MENU
 

TAJUK AUDIO

LIRIK LAGU

BANGSA JOHOR

* Lirik Lagu Bangsa Johor

 

Allah Peliharakan Sultan
'Nugrahkan dia Segala Kehormatan
Sihat dan Ria, Kekal dan Makmur
Luaskan Kuasa, Menaungkan Kami
Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi
Dengan Merdeka Bersatu Hati
Allah Berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan

NEGARAKU

 

* Lirik Lagu Negaraku

 

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

MAJLIS DAERAH YONG PENG

 

* Lirik Lagu Majlis Daerah Yong Peng
 
Majlis Daerah Yong Peng
Johor Darul Ta’Zim
Mendukung Amanah Dan Cita Murni
Pentadbiran Dan Pengurusan
Pembangunan Dan Perundangan
Juga Kewangan Dan Kesihatan
 
Yong Peng Aman Selalu
Ke Arah Era Baru
Menjamin Hidup Sihat Sejahtera
Sama Menjaga Sama Berusaha
Keindahan Milik Semua
Tetap Jadi Kebanggaan Semua
 
MDYP Tetapkan Berkhidmat
Untuk Rakyat Dan Bumi Tercinta
Agar Hidup Selesa Aman Sentosa
Ekonomi Turut Sama Dirangsang
Rakyat Progresif Daerah Makmur
 
Mari Semua Bersatu Membina
Masyarakat Majmuk Dan Harmoni
Keindahan Alam Tetap Dipelihara
Seiring Pembangunan
Maju Yong Peng Untuk Malaysia

Perkhidmatan Awam

 

 

* Lirik Lagu Perkhidmatan Awam

 

Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat setia Korban Tenaga
Bela Bangsa Dan Negara

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur Dan Berbudaya
Gandakan Hasil Dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa

Agama Asas Pegangan
Perlembagan Negara Dijulang
Rukunegara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia

Lirik Lagu Muafakat Johor

 

Lirik Lagu Muafakat Johor

 

Muafakat johor jadi sandaran
Beretika menjaga warisan
Cekal menghadapi cabaran dihadapan
Berhemah dan berkemajuan

Raja dan rakyat berpisah tiada
Bangsa johor tinggi setianya
Sanggup berkorban jiwa dan raganya
Majulah johor luaskan kuasa

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Tegak bangsa kerana budi
Kami mendengar suara hati
Membina bangsa dan negeri
Muafakat johor terus dihormati

Gagasan johor berkemajuan
Bersama rakyat kita jayakan
Tidak pernah tunduk pada cabaran
Perjuangan mesti diteruskan

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Johor tetap jadi johor
Hidup bermuafakat
Luaskan kuasamu

Johor tetap jadi johor
Negeri berdaulat
Luaskan kuasamu

 

Pautan Laman