MENU

Penubuhan dan Penyusunan semula

Penyusunan semula Majlis Daerah Yong Peng dijalankan dengan menyatukan beberapa buah kawasan Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang telah diberi dibawah Seksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk ditadbir oleh satu Lembaga Pengurus.

Penguasa-Penguasa Tempatan yang disatukan adalah seperti berikut:-

  1. Majlis Tempatan Yong Peng 

  2. Majlis Tempatan Ayer Hitam

  3. Majlis Tempatan Parit Sulong

  4. Majlis Tempatan Seri Medan

  5. Majlis Tempatan Kangkar Bahru

  6. Majlis Tempatan Parit Yaani

  7. Majlis Tempatan Lam Lee

Keputusan untuk menubuhkan Majlis Daerah Yong Peng telah dibuat dalam R.M. 1048/76 bertarikh 10.8.1976, dimana Kerajaan Negeri telah melancarkan Penyusunan Semula Majlis Daerah Yong Peng pada 1.11.1976.

Penubuhan Majlis Daerah Yong Peng telah dimasukkan dalam Pemberitahu Seksyen 3 Akta 171 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bil. JPU 6 & 7 bertarikh pada 25.6.1981 sebagaimana Pelan Warta 1269. Tarikh berkuatkuasa pengwartaan adalah pada 1-9-1979 meliputi kawasan seluas 12680 hektar.

Keluasan Majlis Daerah Yong Peng semasa penubuhan terbahagi kepada dua bahagian pentadbiran seperti berikut:

  1. Kawasan Operasi - 3410.5 hektar 

  2. Kawasan Kawalan - 9269.1 hektar

Pautan Laman