MENU

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izinNya untuk kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir Majlis Daerah Yong Peng ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang.

Pihak MDYP, mengambil kesempatan melalui Portal ini untuk mengucapkan ribuan  terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi portal ini. Adalah menjadi harapan pihak MDYP agar portal ini dapat memberi panduan kepada pengunjung berhubung dengan maklumat dan perkhidmatan disediakan.

Saya yang baru menerajui MDYP, bermula 16 Mac 2016, berasa bahawa tugas untuk membawa MDYP ke arah lebih cemerlang adalah satu tugas yang penuh cabaran. Namun saya yakin dan percaya, melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Ahli-ahli Majlis dan seluruh warga kerja MDYP, semua tugas yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan.

Dalam usaha menyampaikan mutu perkhidmatan yang lebih baik, MDYP sentiasa berusaha untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan selaras dengan kehendak Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim yang ingin menumpukan kepada dasar pembangunan masyarakat selain daripada meningkatkan taraf ekonomi dan sosial.

Saya akan meneruskan usaha bagi mencapai segala matlamat dan kesinambungan kerja ke arah visi dan misi yang telah dirancang dengan keutamaan mewujudkan keselesaan kepada masyarakat setempat.

Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat terus memberikan sokongan dan kerjasama yang berterusan kepada pengurusan MDYP dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Tuan Haji Ropie Bin Subari

Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng

 

Pautan Laman