MENU
 
PERTANDINGAN LANDSKAP KARYA LAMAN HIJAU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
MAJLIS DAERAH YONG PENG 2022
 
Majlis Daerah Yong Peng akan mengadakan Pertandingan Landskap dengan bertemakan sempena bulan kemerdekaan tahun 2022. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan kawasan kejiranan.
 
Borang penyertaan boleh didapati di laman WEB rasmi MAJLIS DAERAH YONG PENG di laman sesawang mdyongpeng.gov.my atau tuan puan boleh mengisi borang penyertaan  secara Online melalui pautan yang disediakan.
 
SYARAT PENYERTAAAN :
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua individu penduduk dan masyarakat dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng.
  2. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Sep 2022 Jam 3.00 ptg  (Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak akan di terima)
  3. Penyertaan akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
 
Hadiah yang disediakan bagi pertandingan ini :-
Pertama : RM1000 dan sijil
Kedua    : RM 700 dan sijil
Ketiga    : RM 500 dan sijil
 
Sebarang  pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Landskap MDYP Pn. Nur Rabiatul / En. Zainuddin Ahmad /Pn. Azizah di talian +607-467 1276 (sambungan 222).
 
Penyertaan adalah PERCUMA!!! Jangan lepaskan peluang ini!
#KARYALAMANHIJAU
#TEMABULANKEMERDEKAAN
 
 

Pautan Laman