MENU
 

PENCAPAIAN KEMAMPANAN BANDAR BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN 2020

Tahun 2020 menjadi saksi kecemerlangan pengurusan bandar bagi semua PBT di negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia, iaitu Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri–negeri ini telah mencapai status #MAMPAN.

Di bawah pentadbiran Kerajaan NEGERI JOHOR, terdapat 16 PBT iaitu dua (2) bertaraf Bandaraya, tujuh (7) Perbandaran dan tujuh (7) Daerah. Indeks kemampanan tertinggi bagi Kategori Bandaraya dicapai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru iaitu 93.79%.

PBT Kategori Perbandaran mencapai indeks kemampanan antara 81% hingga 94%. Manakala, bagi kategori daerah, pencapaian indeks kemampanan adalah antara 81% hingga 93%. Majlis Daerah Yong Peng merupakan PBT yang mencapai indeks kemampanan bandar tertinggi bukan sahaja bagi kategori daerah malah tertinggi di Negeri Johor dengan indeks kemampanan 93.80%.

TAHNIAH kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru di atas penerimaan Penghargaan Khas Bandar Mampan 2020 dan juga Majlis Daerah Yong Peng yang merangkul tempat PERTAMA Penghargaan Bandar Mampan 2020 bagi Kategori Daerah.

Di bawah pentadbiran Kerajaan NEGERI SEMBILAN pula, terdapat tujuh (7) PBT (1 Bandaraya, 2 Perbandaran, 4 Daerah). Kesemua PBT di Negeri Sembilan juga berada di tahap MAMPAN dengan indeks kemampanan antara 84% hingga 91%.

Majlis Perbandaran Jempol merupakan PBT yang mencapai indeks kemampanan tertinggi di Negeri Sembilan. Manakala Majlis Daerah Kuala Pilah mencapai Indeks kemampanan tertinggi bagi Kategori Daerah dan sekaligus telah mendapat tempat KEDUA Penghargaan Bandar Mampan 2020 bagi Kategori Daerah.

Seterusnya, di bawah pentadbiran Kerajaan NEGERI MELAKA terdapat empat (4) PBT iaitu 1 Bandaraya dan 3 Perbandaran. Indeks kemampanan bagi PBT di Negeri Melaka adalah antara 85% hingga 93%. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mencapai indeks kemampanan 93.15% dan merupakan pencapaian tertinggi di Negeri Melaka.

TAHNIAH diucapkan kepada Pusat Operasi MURNInets Negeri dan semua agensi pembekal data yang telah sama-sama bertungkus lumus sehingga SEMUA PBT di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berjaya mencapai status MAMPAN.

Kredit: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Pautan Laman