Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)
DPN2 ini akan merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang akan mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016 hingga 2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. Satu sistem pemantauan juga telah dicadangkan untuk melihat sejauh mana tindakan-tindakan yang digariskan dilaksanakan oleh agensi yang dikenalpasti pada tempoh yang telah ditetapkan.
Perkembangan bandar perlu dirancang dengan sebaik mungkin selaras dengan perubahan teknologi dan perkembangan ekonomi semasa. Dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di bandar, fokus perlu diberikan kepada pewujudan kekayaan yang boleh diagihkan secara saksama di kalangan semua lapisan masyarakat. Dalam memastikan bandar-bandar di Malaysia boleh berkembang dengan baik, cabaran-cabaran yang telah dibincangkan merupakan cabaran-cabaran yang perlu diberi perhatian khusus dalam pembentukan DPN2 Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Senarai Dokumen
Perutusan, Prakata, Isi Kandungan, Singkatan Nama dan Glosari
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Senario Perbandaran
Bab 3: Keperluan Dasar Perbandaran Negara, 2006
Bab 4: Visi Dan Prinsip DPN2
Bab 5: Kerangka Perbandaran Di Malaysia
Bab 6: Objektif, Strategi Dan Tindakan DPN2
Bab 7: Pemantauan Tindakan-Tindakan Dalam DPN2
Muat Turun Dokumen: Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)
Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa