MENU
 

TAMAN BOTANI JOHOR SERI MEDAN

Mencari tempat rekreasi untuk beriadah di sekitar Majlis Daerah Yong Peng tidaklah sukar. Beberapa lokasi menarik boleh dikunjungi termasuklah Taman Botani Johor di Sri Medan, kira-kira 18 kilometer dari Yong Peng

Sungguhpun kurang dikenali terutama masyarakat luar, Taman Botani Johor Seri Medan mempunyai tarikan tersendiri terutama kedamaian tasiknya.

Di sebalik landskap indah yang terbentang di hadapan mata, ada sejarah yang terukir di tasik Taman Botani Johor. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk daripada aktiviti perlombongan bijih besi lebih 100 tahun dahulu.

Pelbagai flora dan fauna yang sememangnya unik dan menyimpan pelbagai khazanah alam yang luar biasa juga terdapat disini.

Kemudahan awam juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung dibawah seliaan Jabatan Landskap Negeri Johor. Kawasan yang berkeluasan lebih 200 ekar ini amat sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.

Terima kasih kepada Encik Hairul Azhar Bin Sulaiman, Pengurus Taman Botani Johor, Sri Medan kerana dapat berkongsi pandangan serta infomasi terkini.