MENU
Soalan 13
 
JIKA SAYA TELAH TUKAR MILIK / MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA, APA PERLU SAYA BUAT?
 
Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang 1 / Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.
 
Soalan 14
 
JIKA ANDA TIDAK MAMPU BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?
 
Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.
 
Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?
 
Soalan 1
 
APA ITU CUKAI TANAH?
 
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.  Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
 
Soalan 2
 
APAKAH PERBEZAAN 'CUKAI TAKSIRAN dan 'CUKAI TANAH'?
 
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.  Bil cukai tanah berwarna kuning.

Pautan Laman