MENU
Soalan 9
 
JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?
 
Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!
 
Soalan 10
 
MENGAPA CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?
 
Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-
 
Jenis bangunan
Keluasan lantai
Lokasi
Bahan-bahan pembinaan
Kegunaan
 
Soalan 11
 
APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI?
 
Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.            
 
Soalan 12
 
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH / TANAH KOSONG?
 
Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Pautan Laman