MENU
Soalan 7
 
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BIL-BIL TIDAK DITERIMA?
 
Datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-
 
No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.
No. Akaun (Jika ada) atau
Bawa bil lama untuk rujukan
 
Soalan 8
 
APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI?
 
Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-
 
  • Menyemak di pejabat Majlis Daerah Yong Peng samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu.
  • Membayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.
  • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos
  • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada.
  • Memberitahu Majlis dengan surat-menyurat ataupun dalam borang F yang boleh didapati dari pejabat. Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas.
  • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
  • Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
  • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
  • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
  • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).
  • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
  • Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai taksiran).

Pautan Laman