MENU

APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA

Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandaran mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.

 

KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alas an tidak menerima bil tidak akan dilayan.

 

APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI

  • Bertanggung jawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
  • Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda dijual, ditukar hak milik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
  • Memberitahu pihak Majlis Perbandaran tentang sebarang pertukaran alamat pos.
  • Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
  • Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.

 

BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI

Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.

 

JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau dating sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.

 

TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

  • Denda 1% sebulan atau sebahagian dari padanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
  • Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
  • Perlaksanaan waran tahanan harta alih. Pelelongan harta alih yang dirampas.
  • Pelelongan harta alih yang dirampas.
  • Tindakan mahkamah.

Pautan Laman