MENU

GARIS PANDUAN PENUKARAN NAMA

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

 

Garis Panduan Penukaran Nama

1. Penukaran nama pembayar cukai taksiran perlu dilakukan di bawah peruntukan Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 jika wujud keadaan berikut :-

i. Berlaku penjualan / pindahmilik harta (secara pemberian)

ii. Berlaku kematian kepada pemilik harta

 

2. Syarat-syarat untuk proses penukaran nama adalah seperti berikut : -

(A) Rumah Skim (Pindahmilik Harta Yang Masih Hidup)

i. Melengkapkan Borang I

ii. Salinan kad pengenalan penerima pindahmilik

iii. 1 salinan dokumen hakmilik (geran tanah) atau 14A

iv. Surat perjanjian jual beli (sales and purchases agreement)

v. Salinan bil cukai taksiran terkini tanpa tunggakan

 

(B) Rumah Skim (Pindahmilik Harta Yang Telah Meninggal Dunia)

i. Melengkapkan Borang J

ii. Salinan kad pengenalan penerima pindahmilik

iii. 1 salinan dokumen hakmilik (geran tanah)

iv. Mengemukakan 1 salinan surat kelulusan Pejabat Pesaka Harta Kecil atau surat Amanah Raya atau surat Arahan Mahkamah

v. Salinan surat kematian pemindahmilik

vi. Salinan bil cukai taksiran terkini tanpa tunggakan