MENU
 

Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)

DPN2 ini akan merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang akan mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016 hingga 2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. Satu sistem pemantauan juga telah dicadangkan untuk melihat sejauh mana tindakan-tindakan yang digariskan dilaksanakan oleh agensi yang dikenalpasti pada tempoh yang telah ditetapkan.

Perkembangan bandar perlu dirancang dengan sebaik mungkin selaras dengan perubahan teknologi dan perkembangan ekonomi semasa. Dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di bandar, fokus perlu diberikan kepada pewujudan  kekayaan yang boleh diagihkan secara saksama di kalangan semua lapisan  masyarakat. Dalam memastikan bandar-bandar di Malaysia boleh berkembang dengan baik, cabaran-cabaran yang telah dibincangkan merupakan cabaran-cabaran yang perlu diberi perhatian khusus dalam pembentukan DPN2 Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Senarai Dokumen

Perutusan, Prakata, Isi Kandungan, Singkatan Nama dan Glosari

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Senario Perbandaran

Bab 3: Keperluan Dasar Perbandaran Negara, 2006

Bab 4: Visi Dan Prinsip DPN2

Bab 5: Kerangka Perbandaran Di Malaysia

Bab 6: Objektif, Strategi Dan Tindakan DPN2

Bab 7: Pemantauan Tindakan-Tindakan Dalam DPN2

Lampiran

 

Muat Turun Dokumen: Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)

Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Pautan Laman